|
Assalamualaikum wbt ya mukminin... Syukur ke hadrat yang Maha Esa kerana kita masih lagi dapat menghirup udaraNya, masih lagi dapat menikmati kehidupan di bumiNya, dan mengecapi bermacam lagi kenikmatan duniawi. Bercakap tentang perkara-perkara ini, pasti kita memikirkan usia yang masih bersisa. Sisa usia yang ada harus dimanfaatkan ke jalanNya. Kita sebagai hamba harus sedar tujuan utama kita dijadikan. Allah mencipta manusia semata-mata untuk beribadah kepadaNya dan memakmurkan bumiNya.. Tanya pada diri: 1)Apa yang telah aku lakukan sepanjang usiaku? 2)Berapa banyak amalan yang akan menjadi bekalan untuk menemui Allah? 3)Sepanjang usiaku, manakah yang aku pentingkan? Dunia ke akhirat? 4)Sekiranya ajalku makin hampir, apakah yang aku bawa ke alam barzakh? Ramai di antara kita yang teralu lemas dalam kenikmatan dunia hingga lupa kenikmatan hakiki yang akan diperoleh di syurga nanti. Jika kita renung kembali situasi zaman ini, terlalu banyak aktiviti hiburan yang dijalankan hampir diseluruh negara. Bukan sahaja yang mudah malah golongan tua pun sanggup bertongkat ke pesta-pesta hiburan. Tapi jika dibuat majlis agama berapa sahaja bilangan yang hadir. Mukmin sekalian... Apalah ertinya nikmat hidup kita sekarang jika kenikmatan itu tidak dapat dibawa hingga kehidupan semula di akhirat nanti.. Justeru, manfaatkanlah usia kita yang masih ada..banyakkanlah amalan dan kebajikan serta kurangkan atau hapuskan noda-noda yang melekat di hati kita... Akhirulkalam.. “Ingatlah bahawa Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka yang mengubahnya sendiri...” |
|
Dunia ibarat teratak yang sudah usang yang masih menjadi persinggahan buat mereka yang bergelar hamba.. Ia adalah suatu persinggahan setelah hamba itu keluar dari alam rahim dan meneruskan perjalanan untuk ke alam barzakh. Meskipun usianya yang semakin tua, dunia masih lagi menjadi persinggahan para hamba (atas izinNya). Teratak usang, pasti tidak selamat untuk dijadikan perhentian untuk selamanya. Jika tersilap langkah boleh terjerumus ke dalam lantai yang reput. Begitulah dunia, tanpa pertahanan iman kita tidak mampu melawan segala godaan dunia malah bisa terperangkap di lembah penuh kehinaan. Janganlah hidup kita ibarat lampu gantung, setelah padam nyalanya pasti berbekas jelaga di siling. Janganlah membawa noda dan dosa di akhir kehidupanmu. Kerana dosa-dosa itu tidak akan terhapus oleh taubat pada saat ajal menjelang kerana detik itu pintu taubat telah tertutup. Ingatlah wahai hamba... Sebaik-baik hamba yang berdosa ialah hamba yang bertaubat dengan sebenar-benar taubat... |
|
Tersebutlah kisah pada zaman dahulu, ada la seorang alim ni tinggal bersama-sama anaknya. Anak ni pulak memang tak pernah nak dengar kata ayahnya. Hidupnya siang malam sibuk menambah dosa. Tak pernah satu kebaikan pun yang dilakukannya.Si ayah ni bersedih la kan.. ye la..anak tak pernah ikut cakap dia sedangkan dia seorang alim..malu la dengan orang kampung. Suatu hari si ayah ni berfikir bagaimana nak sedarkan anak yang tak sedar2 ni. Si ayah pun memanggil anaknya. ”Anakku, ayah lihat terlalu banyak dosa yang kau lakukan. Hari ni ayah akan benamkan paku ni pada tiang yang ayah pacakkan kat luar tu setiap kali kau lakukan dosa. Tapi jika kau lakukan kebaikan walau sekali, ayah akan cabut paku tersebut Dari hari ke hari, semakin banyak la paku yang dibenamkan oleh si ayah kat tiang tu hingga la penuh tiang tu dengan paku2 sampai takde tempat lagi untuk si ayah benamkan paku yang baru. Paku2 ni ada yang dah berkarat terkena hujan dan panas. Suatu petang, si anak lalu kat tiang yang terpacak tu. Dia lihat betapa buruknya tiang tu hingga dia malu sendiri kalau2 tiang tu dilihat jiran2nya. Dia berazam melakukan sediki demi sedikit kebaikan dan menunaikan segala yang diperintahkan oleh Allah. Setelah hari tu, satu persatu paku dicabut oleh si ayah hingga la tidak terdapat satu paku pun kat tiang tu. Si anak pergi menemui ayahnya (si anak dah jadi budak baik) dan berkata sambil menangis, ”Wahai ayah, walaupun paku2 itu dah takde tapi benaman paku2 tu masih lagi berbekas. Begitulah hidup kita sebagai hamba yang sering leka dan lalai dalam melaksanakan perintahNya. Tiang yang dipacak oleh si ayah ibarat hati kita. Paku-paku tu pula ibarat dosa-dosa yang kita lakukan.. Namun dengan taubat , Allah akan ampunkan segala dosa yang pernah kita lakukan |