RENUNGKANLAH...
Date: Oct 31st, 2007 1:18:18 am - Subscribe
Mood: dramatic


Dunia ibarat teratak yang sudah usang yang masih menjadi persinggahan buat mereka yang bergelar hamba.. Ia adalah suatu persinggahan setelah hamba itu keluar dari alam rahim dan meneruskan perjalanan untuk ke alam barzakh. Meskipun usianya yang semakin tua, dunia masih lagi menjadi persinggahan para hamba (atas izinNya).
Teratak usang, pasti tidak selamat untuk dijadikan perhentian untuk selamanya. Jika tersilap langkah boleh terjerumus ke dalam lantai yang reput. Begitulah dunia, tanpa pertahanan iman kita tidak mampu melawan segala godaan dunia malah bisa terperangkap di lembah penuh kehinaan.
Janganlah hidup kita ibarat lampu gantung, setelah padam nyalanya pasti berbekas jelaga di siling. Janganlah membawa noda dan dosa di akhir kehidupanmu. Kerana dosa-dosa itu tidak akan terhapus oleh taubat pada saat ajal menjelang kerana detik itu pintu taubat telah tertutup.
Ingatlah wahai hamba...
Sebaik-baik hamba yang berdosa ialah hamba yang bertaubat dengan sebenar-benar taubat...



Comments: (0)


Night Beach Template
Create your own Free Aeonity Blog Today
Content Copyrighted adiratna at Aeonity Blog
Comments:

Image Verification: Verify Image

Posting as anonymous Anonymous guest, why not register, or login now.