SISA USIAMU...
Date: Oct 31st, 2007 1:16:17 am - Subscribe
Mood: bubbly
Assalamualaikum wbt ya mukminin...
Syukur ke hadrat yang Maha Esa kerana kita masih lagi dapat menghirup udaraNya, masih lagi dapat menikmati kehidupan di bumiNya, dan mengecapi bermacam lagi kenikmatan duniawi. Bercakap tentang perkara-perkara ini, pasti kita memikirkan usia yang masih bersisa. Sisa usia yang ada harus dimanfaatkan ke jalanNya. Kita sebagai hamba harus sedar tujuan utama kita dijadikan. Allah mencipta manusia semata-mata untuk beribadah kepadaNya dan memakmurkan bumiNya..
Tanya pada diri:
1)Apa yang telah aku lakukan sepanjang
usiaku?
2)Berapa banyak amalan yang akan menjadi
bekalan untuk menemui Allah?
3)Sepanjang usiaku, manakah yang aku
pentingkan? Dunia ke akhirat?
4)Sekiranya ajalku makin hampir, apakah
yang aku bawa ke alam barzakh?
Ramai di antara kita yang teralu lemas dalam kenikmatan dunia hingga lupa kenikmatan hakiki yang akan diperoleh di syurga nanti. Jika kita renung kembali situasi zaman ini, terlalu banyak aktiviti hiburan yang dijalankan hampir diseluruh negara. Bukan sahaja yang mudah malah golongan tua pun sanggup bertongkat ke pesta-pesta hiburan. Tapi jika dibuat majlis agama berapa sahaja bilangan yang hadir.
Mukmin sekalian...
Apalah ertinya nikmat hidup kita sekarang jika kenikmatan itu tidak dapat dibawa hingga kehidupan semula di akhirat nanti.. Justeru, manfaatkanlah usia kita yang masih ada..banyakkanlah amalan dan kebajikan serta kurangkan atau hapuskan noda-noda yang melekat di hati kita...
Akhirulkalam..
“Ingatlah bahawa Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka yang mengubahnya sendiri...”
Comments: (0)