BILA RINDU BERDETIK
Date: Jun 17th, 2007 1:03:33 am - Subscribe
Mood: energized
Ya Allah….
Bila hati ini merindui…
Padamu aku mengadu…
Bila jiwa ini resah gelisah
Padamu jua aku berserah..
Ya Allah….
Aku hanyalah hambamu yg lemah
Seringkali aku tersungkur dilembah
Dalam mencari nilai sebuah kemanusiaan
Dalam mengenal arti sebuah kehidupan
Ya Allah….
Aku cukup mentah untuk mengutip kesabaran
Lantaran sering ditempiaskan oleh kemarahan
Akhirnya rebah sendiri dibatas kekesalan….
Ya Allah….
Bantulah aku mencari kasihmu
Kerana ku tahu….
Aku tidak sekuat Rabiatul Adawiyah
Yang hanya padamu cintanya tercurah!
Pun jua bukan Siti Khadijah
Isteri kecintaan rasullah…!
Lalu nun disana….
Hati ini berbicara…
"Ya Allah………
Masih adakah lagi insan yg seperti mereka..
Sanggup pertaruhkan kesenangan dunia…
Yang cukup mudah melafazkannya
Tapi sukar untuk dikota……..?"
Comments: (0)